fbpx

Rayuan sumbangan bulanan tragEdi kebakaran maahad tahfiz al jazari

LEPAS KELUAR DARI TANDAS,  SAYA NAMPAK API DAH MARAK DALAM ASRAMA. TERUS SAYA JERIT..

YA ALLAH! API API LARI! USTAZ API!

Muhammad Hafizi Arshad
Pelajar Tahfiz

gambar kemusnahan kebakaran

Dalam lingkungan jam 9 malam, 24 Disember 2019, Maahad Tahfiz Al Jazari telah diuji dengan tragedi kebakaran. 

Kejadian ini telah memusnahkan hampir kesemua kelengkapan asrama dan barangan peribadi pelajar seperti katil, tilam, bantal, pakaian, kitab, sejadah dan serta beberapa barangan berharga lain.

Turut musnah pelbagai peralatan bantu mengajar, pengurusan, operasi dan juga bahagian dapur. Lebih menyedihkan, struktur asal bangunan sudah disahkan tidak selamat diduduki oleh pasukan bomba.

Seramai 22 orang pelajar kini ditempatkan di sebuah penempatan sementara bagi membolehkan pengurusan tahfiz mencari dana & membina bangunan baru untuk pengajian.

Rayuan sumbangan bulanan

Ustaz Muhammad Naim
Bin Abd Razak
Mudir Maahad Tahfiz
Al-Quran Wal Hadis Imam Al-Jazari

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.  

YBhg. Tan Sri / Datuk / Dato’ Seri / Dato’ / Datin / Tuan / Puan yang di rahmati Allah sekalian.

Kami pasrah dan redha dengan ujian yang telah ditakdirkan Allah SWT ini. Tetapi kami tetap tekad meneruskan perjuangan agama ini. Walau apapun yang berlaku kami tidak akan putus asa membangunkan institusi agama ini.

Oleh itu, dengan penuh rasa rendah diri kami ingin merayu

sumbangan dana pembangunan

Maahad Tahfiz Al Quran Wal Hadis Imam Al Jazari

yang telah dilanda tragedi kebakaran baru-baru ini

“Sedekah itu tidak akan mengurangi harta” (H.R. Muslim)

Dana akan di gunakan untuk:

Pembinaan bangunan surau utama Maahad Tahfiz

Pembinaan kelas, pejabat dan asrama pelajar Tahfiz

Kelengkapan asrama, pengajian & pengurusan

Kos makanan, utiliti dan pengurusan operasi

Moga pahala sumbangan ini akan terus-menerus mengalir kepada insan yang baik hati menginfakkan sebahagian hartanya ke jalan Islam.

Berbahagialah mereka yang berinfak, kerana Allah S.W.T menjanjikan keberkatan kepada mereka.

Asset 5

“Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang berterusan walaupun jumlahnya sedikit.” (H.R. Bukhari)

Kami sangat berharap anda semua dapat infakkan sekurang-kurangnya RM 1 sehari dengan sistem subskripsi automatik ini.

Sasaran kami adalah untuk mencari 1,000 orang insan yang terpilih oleh Allah SWT, untuk menyertai keluarga Maahad Tahfiz ini bukan hanya sebagai penyumbang, tetapi juga pejuang agama suci Tuhan sekalian alam. 

Semoga Allah terima amalan kita semua. Wassalam.

Yang benar,

 

(Mudir Maahad Tahfiz Al Quran Wal Hadis Imam Al Jazari) 

kelebihan menyumbang dengan kami

dari RM1 sehari

Bukan ringgit yang menjadi nilai, tetapi amalan sedekah yang berterusan yang paling dicintai Allah.

Tahlil khas bulanan

Setiap nama penyumbang berpeluang diraikan dalam majlis tahlil bulanan oleh para pelajar tahfiz*

Khairat Kematian

Khairat kematian berjumlah RM500 & nama arwah akan dirai majlis tahlil selama 12 bulan percuma

subskripsi Automatik

Beri kemudahan pada penyumbang tanpa perlu transfer atau bank-in setiap bulan.

Telus & adil

Sumbangan bersistem. Mempunyai penyata & boleh diolah sendiri oleh penyumbang mengikut kesesuaian.

ganjaran berganda

Sebahagian sumbangan anda umpama baja yang akan membantu lebih ramai insan turut menyumbang

Dan banyak lagi manfaat bernilai tinggi yang anda bakal nikmati!

Testimoni penyumbang

jom sertai keluaRga besar maahad tahfiz al jazari

Anda hanya perlukan:

KAD ATM (DEBIT / KREDIT)

TELEFON BIMBIT
(SMS)

1. Pilih jumlah sumbangan bulanan anda

2. Daftar dan isikan maklumat kad anda

3. Sahkan langganan anda dengan sms*

*semak sms anda untuk pengesahan kad bank

Semua transaksi pembayaran mengunakan Nurpay yang dilengkapi tahap keselamatan bertaraf bank oleh STRIPE

Asset 27
Asset 25
Asset 23
Asset 24

Mulakan sumbangan bulanan anda sekarang

Bermula dari hanya RM 1 sehari!

Tahlil Khas Bulanan

Potongan Automatik

Telus & Bersistem

Pilih jumlah sumbangan anda

Sekiranya anda ada rezeki lebih & ingin berkongsi bersama saudara se-Islam lain. 

Anda boleh sumbangkan RM 100 ke atas  dengan klik butang di bawah. 

Berikut adalah kelebihan tambahan sebagai penghargaan dari kami khas buat penyumbang RM 100 ke atas.

5 Penama Tahlil Bulanan

Group Sokongan Khas Telegram

MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL
HADIS IMAM AL JAZARI (AS0385572-W)
NO 14, LORONG BUNGA RAYA 6,
TONGKANG YARD, 05050, ALOR SETAR
KEDAH DARUL AMAN

(Alamat lama lokasi kejadian kebakaran)

No 99, KM 5, Mentaloon, Jalan Anak Bukit, Alor Setar, Kedah Darul Aman

(Alamat baru)

Soalan-soalan laZim (faq)

Apakah manfaat yang saya dapat dari subskripsi ini?

Setiap penyumbang bulanan dianggap sebagai ahli keluarga besar Maahaf Tahfiz Al Jazari. Setiap orang ahli akan mendapat manfaat yang bernilai tinggi dari warga maahad.

Berikut adalah manfaat eksklusif yang ditawarkan kepada ahli:

Konten/amalan/tips bernilai
Panduan/infografik agama
Berita/kemaskini/progress tahfiz
Sesi tahlil bagi setiap penama

(Akan datang)

Sesi tazkirah eksklusif
Sesi live facebook interaktif tertutup
Soal jawab hukum hakam agama
Sesi one-to-one bersama Tuan Mudir
Pertandingan/peraduan online
Cabutan bertuah/hadiah misteri dari rakan niaga maahad
Poskad/kraf/hasil seni oleh pelajar & warga maahad
Tawaran/diskaun dari rakan niaga maahad
Tawaran qorban/aqiqah bersama maahad
Tawaran umrah/badal haji bersama maahad

Kenapa buka sumbangan menggunakan subskripsi bulanan?

Bermula dari RM1 sehari. Lebih terbuka untuk semua golongan. Lebih ramai insan prihatin boleh menyumbang bermula dari hanya RM1 sehari. Tanpa membebankan komitmen kewangan diri dan keluarga.

Ketenangan fikiran. Memudahkan penyumbang melakukan amalan sedekah yang konsisten. Tanpa perlu bank in atau transfer setiap bulan. Amalan yang berpanjangan juga amat disukai oleh Allah.

Hubungan lebih erat. Setiap penyumbang adalah ahli keluarga besar Maahad Tahfiz Al Jazari. Setiap bulan, kami akan kongsi pelbagai info, berita & perkara menarik kepada semua ahli. Orang luar tak dapat semua ini!

Tambah nilai para penyumbang. Sebagai penyumbang, anda akan dapat pelbagai manfaat yang bernilai tinggi dari kami.

Bolehkah saya beri sumbangan sekali sahaja?

Sejujurnya kami mahu bantu anda semua, tanpa mengira taraf pendapatan anda, supaya dapat melakukan amal yang konsisten dan berterusan walau hanya dengan RM1 sehari.

Sebagai satu keluarga, kami hanya inginkan yang terbaik untuk anda. Kami mahu semua ahli menikmati impak kebaikkan yang akan kami sebarkan setiap bulan.

Jika anda berhajat untuk sumbang sekali sahaja, kami cadangkan agar anda langgan (subscribe) dahulu selama satu atau dua bulan. Supaya anda boleh cuba sendiri kelebihan dan manfaat yang kami tawarkan.

Selepas mencuba, anda bebas untuk tamatkan subskripsi anda pada bila bila masa. Telus dan adil tanpa sebarang paksaan.

Saya nak bank in / transfer sendiri, boleh bagi no akaun?

Kami di Maahad Tahfiz Al Jazari amat komited dalam menjaga amanah dan tanggungjawab dana sumbangan orang ramai.

Untuk makluman semua, Maahad Tahfiz Al Jazari berkolaborasi dengan Nurpay untuk menjalankan kempen subskripsi bulanan secara automatik.

Nurpay juga bertindak sebagai pihak ketiga yang akan melindungi kepentingan penyumbang dengan memastikan ketelusan dan integriti maahad ini.

Semua sumbangan melalui kempen subskripsi ini, perlulah disalurkan melalui rakan kolaborasi kami, Nurpay. Anda boleh hubungi mereka di link berikut: Hubungi Nurpay.

Siapakah Nurpay? Apa kaitannya dengan maahad?

Nurpay atau Nurpay Technologies (PG0497145-V) adalah rakan kolaborasi Maahad Tahfiz Al Quran dan Hadis Imam Al Jazari.

Nurpay adalah payment processor bagi kempen subskripsi bulanan ini. Mereka membantu organisasi berimpak sosial untuk mengumpul dana bagi tujuan merubah dunia menjadi lebih tempat yang lebih baik untuk semua.

Nurpay juga bertindak sebagai pihak ketiga yang akan melindungi kepentingan penyumbang dengan memastikan ketelusan dan integriti maahad ini.

Bagaimana saya akan dapatkan manfaat sebagai ahli keluarga maahad?

Sebagai ahli keluarga besar Maahad Tahfi Al Jazari, kami akan sampaikan manfaat bulanan ini melalui saluran utama iaitu email. Sila pastikan email anda aktif dah boleh digunakan.

Semua ahli juga akan mendapat notifkasi sms beserta link untuk dapatkan manfaat/tawaran eksklusif bulanan. Sila pastikan no telefon anda aktif dan boleh dihubungi.

Bagaimanakah cara untuk tambah atau kurangkan jumlah subskripsi?

Selepas anda mendaftar dan selesaikan pembayaran, anda akan mendapat email tentang keahlian ada. Di dalam email ini disertakan link untuk kemaskini jumlah subskripsi bulanan anda.

Bagaimanakah cara untuk saya tamatkan subskripsi?


Selepas anda mendaftar dan selesaikan pembayaran, anda akan mendapat email tentang keahlian ada. Di dalam email ini disertakan link untuk kemaskini status subskripsi anda.

Berapa lama langganan/subskripsi ini?

Subskripsi ini akan membuat potongan automatik ke kad ATM / Debit / Kredit anda selama mana kad anda masih aktif. Anda akan mendapat notifikasi email untuk setiap kali potongan bulanan dilakukan.

Namun sekiranya kad anda hampir tamat tempoh, sistem kami akan berikan peringatan untuk anda kemaskini kad baru anda.

Adakah maklumat kad ATM / debit / kredit saya selamat?

Ya, kami jamin semestinya selamat. 

Sistem keselamatan transaksi NURPAY TECHNOLOGIES (PG0497145-V) dibina pada tahap yang sama seperti transaksi bank.

STRIPE PAYMENTS MALAYSIA SDN. BHD. (1209690-X) sebagai penyedia API sistem pembayaran juga adalah syarikat kewangan yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia. 

Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan tentang sistem pembayaran, masalah kad dan lain sila hubungi:
© 2024 Nurpay Technologies (PG0497145-V)

Tunggu dulu!
JangAn pergi lAgi..

Kami merayu kepada anda, langganlah walau hanya sebulan. Anda boleh batalkan bila-bila masa sahaja nanti.

Insyaalah anda tak akan rugi.